background

Monday, October 15, 2012

Saya sayang awak, Ayie!

credit to : Muhamad Khairi bin Zulkifli

Siape Muhamad Khairi Zulkifli @ ayie nie ye? ^_^
Dia adalah seorang teman istimewa aku dan insyaallah bakal jadi suami aku.. Dia sentiasa ada dengan aku bila aku happy atau pun sedih.. Seriously, aku sayang dia sangat2.. tak tahu macam mana nak buktikan.. tapi perasaan aku terhadap dia hanya tuhan saja yang tahu.. kadang kadang pernah jugak dia mintak kat aku bukti yang aku betol2 sayangkan dia.. tapi bukan aku taknak buktikan.. cuma aku tak tahu nak buktikan macam mane.. Kami dah in a relationship almost 6 months.. Alhamdulillah.. harap2 hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat.. aminnn~
aku tahu kadang2 aku tak mampu jadi yang terbaik untuk dia.. aku selalu marah2 dia.. selalu buat dia sedih.. selalu buat dia terasa.. tapi hero aku nie hebat sangat.. dia sentiasa sabar dengan perangai aku yang entah ape ape nie :) kadang2 aku saje buat buat merajuk dengan dia.. sebab aku tahu dia seorang yang romantik dan akan cube untuk pujuk aku sampai aku betol2 okay.. sampai benda kecik pun aku saje je nak sentap2.. gedik pulak aku nie kan? haha.. tak kesah la.. yang penting dia terima aku seadanya ^_^
aku tak tahu kenapa aku cuba nak rapatkan hubungan dia dengan ex dia.. padahal aku jeles kot.. tapi nape pulak la aku nak rapatkan diorang kan? emm.. maybe sebab aku nie rase kesian kot kat ex dia tu.. yela, asyik2 tanye pasal dia je.. nampak sangat yg ex dia tu masih lagi berharap kat dia.. bukan setakat ayie je yang marah aku chat dengan ex dia tu.. tapi along pun marah sekali.. hehe
kata2 aku sekarang selalu buat dia menangis.. Ya Allah jahatnya aku.. aku tak patut buat orang yg aku sayang nangis.. aku tahu dia takut sangat kehilangan aku.. bukan dia je.. aku pun same gak.. takut sangat kehilangan dia.. sebab tu la aku jeles bila ade girl yg macam ngade2 dgn dia -_-' 
lately aku asyik pasal mati je dengan dia.. kenape ye? aku pun pelik.. kadang2 benda tu spontan keluar dari mulut aku.. bukan aku yang saje2 nak cakap.. lagipun ajal kan Allah yang tentukan.. 
tapi aku selalu berdoa.. andai ditakdirkan aku pergi dulu aku harap akan ada orang yg mampu jaga dia dan sayang dia macam aku buat kat dia.. selalu membebel kat dia bila dia taknak makan.. selalu marah bila dia tak makan ubat time demam.. selalu bebel bila dia tak study time nak test.. selalu temankan dia study malam2.. selalu bagi dia semangat tiap kali dia mula rase yang diri dia lemah.. dan aku harap dia mampu dapat yang lebih baik dari aku.. bagi aku dia terlalu baik.. tak patut kalau ada perempuan lukakan hati dia.. aku rase beruntung sangat dapat dia.. jika umurku panjang, aku sentiasa berdoa agar kami diijabkabulkan dengan ikatan yang sah dan dia mampu membimbing aku ke syurga.. Insyaallah :)

Thursday, May 3, 2012

Annoying !

Assalamualaikum dan hello everybody :)

Dah lame rasenye aku tak update blog nie kan..
kesian blog aku nie ditinggalkan..hehe
hopefully korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiase diberkati oleh Allah..aminn :)
aku pun alhamdulillah sihat walafiat..

ANNOYING ???
emm..siape yang aku maksudkan tu ye ??
korang tahu ke siape??
guess who??hehe
macam main teka teki la pulak kan :D

ok laa..malas nak berteka teki kan..
emm..person yang aku maksudkan tu ex aku..
aku rase dia tu annoying sangat sekarang nie..
kat fb pun dia komen status aku macam saje je nak malukan aku..
rasenye kalau betol la dia bengang ngan aku tak perlu kot sampai nak komen macam tu..
and aku rase macam takde motif kot dia nak berdendam ngan aku..
takkan la disebabkan aku da ade new bf dia nak marah kan?
tu hak aku la nak kapel dengan siape pun..
dulu time kapel dia tak reti nak serius tapi sekarang nak marah2 pulak kan..
ishh, memang sengal la an cmtu..haha
baru sekarang rase nak menyesal??
tak perlu kot..
semua tu dah tinggal kenangan je..
life must go on laa !
sekarang baru nak menyesal pun dah terlambat..
emm..aku pun takdela nak doakan yang buruk2 kat dia..
aku arap dia dapat someone yang terbaik untuk diri dia..
mungkin aku belom mampu untuk jadi yang terbaik..
but i'll try my best for my new bf :) hehe

ok lahh..entry kali nie just nak luahkan rase ketidakpuasan ati aku nie je..hehe
hopefully, my life will be better than yesterday..
inshaallah :)

Tuesday, May 1, 2012

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yang Salah??


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Kepada mereka yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Wednesday, April 11, 2012

Terima kasih awak !

Assalamualaikum and happy wednesday :D

Hari nie 11/4/2012.. For sure la korang semua tahu kan ari nie ari ape..
What??!! tak tahu.. 
ishh tak boleh stay malaysia la macam nie.. haha
hari nie ialah hari pertabalan Yang Dipertuan Agong... DAULAT TUANKU !
Mesti ramai yang tengok wayang tak pun hang out pegi mane2 kan..
untung la for those yang dapat hang out tu..
Cuti aku nie hanya dihabiskan kat rumah je..
takpela kan.. lagipun selama nie aku asyik merayap je..
so why not hari nie aku stay kat rumah je kan (padahal tgh bosan kot..haha)

okay.. refer to my title above..
TERIMA KASIH AWAK !!
siapekah AWAK tu ??
orang tu ialah awak la.. yee awk la orang itu ! haha
actually, aku baru je lagi kenal dengan dia
tapi makin hari hubungan kitowang jadi makin rapat
camne ea boleh rapat?? haha
maybe sebab saling memahami kot :)
aku nak admit satu benda la.. memang aku da suke kat dia
repeat again.. AKU DA SUKE KAT DIA !! haha
For sure aku ade sebab kan nape aku boley suke kat dia
takkan la boley suke kat someone without reason..
thats imposssible ! haha

so, kat bawah nie aku akan senaraikan kenapa aku boleh suke kat dia and bukan kat orang lain.. hehe

1.dia dapat membimbing aku ke arah kebaikan (nampak sangat cam aku nie jahat kan..haha)
2.dia nie agak pemalu.. aku suke sebab nampak cam cute je bile laki nie malu2 kan.. malu2 kucing gitu.. haha
3.dia tak pernah nak marah aku even aku dah try buat dia marah.. (mybe sebab baru kenal kot.. hehe)
4.dia seorang yang rajin.. confirm2 lah semua gurls nak laki yang rajin kan.. baru la nanti dah kawin boleh pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga (amboii, dah sampai ke bab kawin dah aku fikir nie..haha)
5.dia romantik ! haha.. aku memang suke sgt2 laki yang romantik nie.. romantik okay bukan JIWANG ! (err, aku pun x sure sebenarnye ape beza romantik dgn jiwang..haha )
6.dia jenis yang cepat mintak maaf.. yelaa, certain laki kan agak ego sikit bab2 nak mintak maaf nie.. aku tak cakap semua laki okay, certain je :D
7.dia boleh terima aku seadanye.. maklom la aku nie insan yang serba kekurangan (tibe2 aku sentap lak.. huhu)
8.dia seorang yang matang.. matang camne tu ea??hehe.. aku pun tak tau nak explain camne tapi cara dia ckp aku tau dia matang (aku nie kurang matang sikit, so kena la cari yg matang kan.. haha)
9.dia always take care pasal aku even kitowang skrg just a friend..(sweet kan.. haha)
10.dia sentiase cube jadi yang terbaik.. (tapi dia skrg mmg baik pun kot..hehe)

Okay.. so, tu la sebab2 nape aku boleh suke kat dia..
banyak la jugak tu kan sebab2nye.. hehe
lastly aku nak say thanks sangat2 kat 'awak' tu sebab dah kembalikan kebahagiaan dan menghilangkan kesedihan dalam hidup aku..
i'm really happy with you..
kalau ade jodoh tak kemane kan..
same2 la kite berdoa supaya kita dapat bersama sampai ke syurga..
insyaallah :)

                                                 special for you MKZ :D


Wednesday, February 22, 2012

PETUA MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA




1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Sumber: http://ms.shvoong.com

PERSAHABATAN ITU INDAH

Dalam kehidupan ini, kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri. Tetapi, dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat, b
egitulah juga dirinya, Tetapi kita sering lupa akan hal itu.


Tajuk entri aku hari ini berkisarkan tentang persahabatan. Sebab tiba2 aku teringatkan korang.
Ayat pertama yang aku ingin luahkan ialah 

"AKU SAYANG KORANG SEMUA, WAHAI SAHABATKU"

Persahabatan itu memang indah. Susah sangat sekarang aku nak cari sahabat yang seperti korang semua. 
terima kasih wahai sahabat kerana kamu semua

# sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan susah dan senang
# sentiasa memberi semangat agar aku tidak mudah mengalah
# menangis bersama ketika aku menghadapi kesedihan
# gembira bersama ketika aku memperoleh kebahagiaan

Persahabatan itu memang indah kan. Honestly, segala kenangan yang kita cipta time sekolah dulu memang takkan aku lupakan. Walau sekarang aku ade ramai kawan-kawan baru, tapi tak semuanya sama macam korang. 
Sumpah, AKU RINDU SANGAT DENGAN KORANG !

'A sweet memory in each ray aspiration'
Korang ingat lagi kan ayat tu? Sampai bile-bile aku takkan lupe ayat tu. Rindunya la aku time sekolah dulu.

Ingat lagi tak kenangan kita time sekolah dulu??
kita lepak sama tiap2 hari . bila ada masalah, kita share sama2. rase indahnye persahabatan time tu kan?
macam2 kenangan yang telah kita ciptakan.
tapi sekarang kita semua dah terpisah jauh. 
masing2 dah mula sibuk dengan kehidupan sendiri.
masing2 sedang mengejar impian dan cita-cita yang diimpikan
aku doakan semoga suatu hari nanti korang akan berjaya
sebab aku tahu kawan-kawan aku semuanya HEBAT !!

Biarlah kita terpisah jauh mane sekalipun. aku harap agar persahabatan kita nie sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. 
Insyaallah..


Love you friends: ziha, nisa', zaty, syira, enol, eton, anis, nik, miza, bibah, ena saleha, ena najiha, eda, kila, piqa.















Wednesday, November 2, 2011

Projek Ohh Projek !

hello everybody ! and assalamualaikum... :)

ape yang kamu2 tengah buat skrg nie?
buat homework??
assignment??
report??
proposal??
atau ape2 yang seangkatan dengannye??
:)

refer to my title above..
now, aku tgh bertungkus lumus untuk menyiapkan my final project.
(tapi sempat lagi aku nak update blog an??haha..)
sem nie aku ade dua final projek yang mesti aku siapkan
and keje projek itu INDIVIDU !
huh..memang terbaikkk la weyh..
final projek aku tu subjek web development and introduction to programming @ java..
web tu ok la sikit kot nak wat secara individu sebab takla susah sangat2 seperti JAVA !
just kena pikir design cantik2 and then develop website gune dreamweaver..

TAPI..

kalau java pulak
aku kena tahu bab koding2 dalam tu macam switch, case and pe benda ntah lagi yang aku sendiri pown tak tahu.. hehe
disebabkan ketidakpakaran(btolke perkataan tu?:P)aku dalam subjek java, so aku memerlukan bantuan member2 aku untuk menyiapkan projek tu..
nak tahu member2 aku tolong ape?
tolong bagi aku tengok koding dyowang and aku dengan muka yang suci akan copy koding2 tu and masukkan dalam projek aku.
haha..betol2 aku tak tahu langsung camne nak wat java..
COMPLICATED !!
by the way, thanx member2 aku yang sudi membantu aku dalam menyiapkan projek java yang aku SANGAT2 SUKE..huh !

besok dah kena present final projek web..
hopefully, aku dapat buat yang terbaik
wish me luck okay !

sampai sini jela nukilan aku untuk hari ini..haha
nak sambung buat projek balik :)
bye2 <3


Saturday, October 8, 2011

Beza antara CINTA, SAYANG, SUKA dan MINAT


|Cinta |


--> Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

|Sayang|



--> Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

|Suka|



--> Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah)

|Minat|



-->Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu :)